Pokok Buah Tak Juga Berbuah? Cuba Cara Ini!
Bahan-bahan ada je sekeliling kita…
Kelengkeng saya berbunga lebat lepas 2 minggu disiram dengan POC (Pupuk Organik Cecair) campuran Yakult + Kuning Telur + Pocari + Micin.
Beberapa bulan lepas saya pernah kongsi tentang POC Yakult dan telur, dan hasilnya memang pokok jambu saya subur dan berbuah.
Tapi masa tu saya campur dengan baja lain, jadi tak boleh nak pastikan sama ada hasil tu memang sebab POC Yakult semata-mata atau tidak.
Baru-baru ni, saya buat lagi POC roti dan juga POC Yakult. Kebetulan di rumah ada 2 pasu pokok kelengkeng yang masih belum berbunga. Jadi saya buat eksperimen:
- Pasu 1 → hanya guna baja NPK
- Pasu 2 → hanya guna POC Yakult
Kaedah siraman sama.
Lepas 2 minggu:
- Pasu 1 (NPK) → daun lebat, tapi langsung tak ada tanda bunga.
- Pasu 2 (POC Yakult) → dah berbunga lebat, setiap hujung dahan penuh bunga!
Jadi… anda boleh simpulkan sendiri.
Resepi POC Yakult untuk Pokok Cepat Berbunga
Bahan-bahan:
- 1–2 biji telur → ambil kuning sahaja
- 1 botol Yakult
- 500 ml Pocari Sweat
- 2 sudu teh micin
Cara buat:
- Campur semua bahan dalam botol dan goncang hingga sebati.
- Simpan di suhu bilik 3–6 hari.
- Hari ke-3, buka penutup sekejap (hati-hati, gas hasil fermentasi boleh memancut).
- Bila bau dah macam tapai, dah boleh guna.
Cara guna:
- Campur 5–10 ml POC dengan 1 liter air.
- Siram pada tanah atau sembur pada daun waktu pagi.
- Sekurang-kurangnya 1 kali seminggu, kalau buat 2 kali seminggu lagi bagus.
Selamat mencuba!
Sumber: Pertanian satu perniagan
