Orang ramai sering mencuba pelbagai petua darah tinggi sebagai ikhtiar semula jadi untuk membantu menurunkan dan mengawal tekanan darah.
Masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi ini memang tidak boleh dipandang ringan kerana boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok jika tidak dikawal.
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor, menjaga pemakanan dan gaya hidup sihat juga sangat penting. Kurangkan pengambilan garam, bersenam dan tidur yang cukup antara langkah utama untuk menstabilkan tekanan darah.
Sebagai tambahan, ada juga amalan tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti timun dan epal hijau. Bahan ini bukan sahaja menyegarkan, malah kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan jantung dan peredaran darah.
Petua Darah Tinggi Dengan Jus Timun Epal
Timun kaya dengan kandungan air, magnesium, potassium dan serat yang baik untuk membantu mengawal tekanan darah. Ia juga memberi kesan menyejukkan pada tubuh.
Epal hijau pula tinggi dengan antioksidan, vitamin C dan serat larut yang membantu melancarkan peredaran darah serta menyokong kesihatan jantung.
Gabungan kedua-dua buah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga berpotensi membantu menstabilkan bacaan tekanan darah apabila diamalkan bersama gaya hidup sihat.
Berikut merupakan resipinya:
Bahan-bahan:
- 1 biji timun
- 1 biji epal hijau
- Sedikit air
Cara penyediaan:
- Kupas dan potong timun serta epal hijau.
- Masukkan ke dalam pengisar bersama sedikit air.
- Kisar hingga halus, kemudian tapis untuk ambil jusnya.
- Minum pada waktu pagi sebelum sarapan.
- Petua ini boleh diamalkan selama 3 hari berturut-turut untuk kesan yang lebih baik.
Petua ini hanyalah amalan tradisional yang boleh dicuba sebagai ikhtiar tambahan. Namun, ia tidak menggantikan nasihat perubatan. Jika tekanan darah masih tinggi atau berlarutan, sebaiknya berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Ummi Fawa
