Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

Dah biasa masak rendang ayam atau daging kan? Mak-mak boleh cuba kelainan dengan memasak rendang telur pula.

Cara memasaknya bukan saja mudah, malah lebih jimat jika guna telur untuk buat rendang berbanding ayam dan daging.

Disamping itu juga, rendang telur ini sangat enak jika dimakan dengan nasi lemak mahupun pulut kuning.

RESEPI RENDANG TELUR SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan kisar:

  •     1 inci halia
  •     1 inci lengkuas
  •     1 inci kunyit hidup
  •     10 tangkai cili kering (potong dan rebus)
  •     10 biji cili api (kurangkan cili atau tambah ikut selera)
  •     5 biji buah keras
  •     4 batang serai
  •     5 biji bawang putih
  •     2 biji bawang besar

Bahan-bahan lain:

  •     2 sudu besar kerisik
  •     1 kotak santan kara
  •     Daun limau purut beberapa helai
  •     Daun kunyit dihiris
  •     1 keping asam
  •     1 kiub ikan bilis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak.

2. Masukkan bilis, santan, kerisik dan asam keping. 

3. Tambah garam dan kiub ikan bilis. Masak lagi hingga terbit minyak.

4. Masukkan daun limau dan daun kunyit.

5. Apabila daun sudah layu, masukkan telur. Kacau sebentar dan tutup api.

6. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Latifah Hanim Muin