Makaroni cheese bakar, hidangan pasta yang dipanggang dengan sos keju yang lazat. Bila sos putih buat sendiri rasa lebih sedap dan berperisa berbanding sos segera. Memang puas hati.
Bahan-Bahan Makaroni Cheese:
- 150 gram makaroni
- 100 g daging/ayam cincang
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 3 ulas bawang merah (cincang)
- 1/2 labu bawang holland (cincang)
- 6 sudu besar sos spageti
- 3 sudu besar tomato puri
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar cili blend (kalau nak pedas)
- Sayur campuran
- Daun sup
- Serbuk oregano/mixed herb/Italian herb
- Gula
- Garam
Bahan Sos Putih:
- 1 cawan susu segar
- 1 sudu besar mentega
- Serbuk oregano/lada sulah
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan air)
- 12 keping slice cheese
- Garam
- Gula
Cara Memasak:
1. Rebus makaroni sehingga lembut dengan sedikit minyak dan garam. Tos dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan kesemua bahan sehingga naik bau. Kemudian masukkan pes cili dan kacau sehingga pecah minyak.
2. Setersunya, masukkan ayam atau daging cincang. Kacau sebentar. Masukkan tomato puri, sos spegati,cili blend dan sos cili. Tambahkan garam, gula dan serbuk oregano secukupnya.
3. Masukkan sayuran campuran. Kacau sehingga sayur agak layu. Masukkan pula tomato. Kacau sekejap. Akhir sekali masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.
Cara Membuat Sos Putih:
4. Cairkan butter. Masukkan cheese. Kacau sehingga cheese cair. Masukkan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan garam, gula dan oregano atau lada sulah secukupnya. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga sos menjadi pekat.
Cara Membakar Makaroni:
6. Masukkan makaroni yang telah digoreng ke dalam loyang pembakar. Tuangkan sos putih. Gaul rata (boleh tambahkan beberapa keping slide cheese di dalam makaroni).
7. Taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza topping) yang diparut ke atas makaroni. Bakar pada suhu 170c selama 20-30 minit. Api bawah. Selamat mencuba!
Sumber: Puteri Hana Sofia

