Kolesterol tinggi boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan serius seperti serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Namun begitu, masih ramai yang tidak menyedari bahawa kolesterol boleh dikawal dan diturunkan secara semula jadi – tanpa perlu bergantung kepada ubat semata-mata.
Berikut adalah petua semulajadi yang mudah diamalkan untuk membantu menurunkan paras kolesterol anda:
Lemon Madu – Satu Resipi, Dua Manfaat! 🍋🍯
(Boleh bantu turunkan kolesterol & juga baik untuk ubat batuk semulajadi)
---
✨ Kisah Benar:
Setiap tahun saya akan buat pemeriksaan kesihatan (medical checkup). Tahun lepas, bacaan kolesterol naik sedikit.
Alhamdulillah, selepas amalkan petua ini secara konsisten, bacaan kolesterol saya menurun semasa checkup terbaru.
---
✅ Bahan-Bahan:
2–3 biji lemon segar
300 ml madu asli
1 sudu gula perang
Secubit garam halus
(Opsyenal) Halia segar – jika suka rasa pedas dan hangat
---
🧃 Cara Penyediaan Lemon Madu:
1. Rendam lemon dalam air garam seketika untuk buang sisa racun perosak.
2. Bilas bersih, kemudian potong lemon nipis-nipis. Buang bijinya.
3. Jika suka, tambahkan hirisan halia untuk rasa lebih menyegarkan.
4. Masukkan lemon ke dalam bekas kaca. Tambahkan:
✅ 1 sudu gula perang
✅ 300 ml madu asli
✅ Secubit garam
5. Jangan tambah air, kerana lemon akan mengeluarkan jus sendiri.
6. Gaul hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk.
7. Biarkan semalaman. Esoknya, dah boleh minum!
---
💡 Cara Minum:
Ambil 1–2 sudu bancuhan lemon madu, campurkan dengan air suam.
Amalkan sekali sehari, sebaiknya waktu pagi.
---
🎯 Manfaat Utama:
✅ Membantu turunkan kolesterol jahat (LDL)
✅ Baik untuk sistem imun dan batuk berkahak
✅ Antioksidan tinggi & detoks semulajadi
---
Jom amalkan gaya hidup sihat bermula dari dapur!
